Author Archive

AstroBIZ – Pakej Baharu BIZone

Memperkenalkan produk terbaharu dari Astro BIZ khas untuk semua pengusaha restoran. Kini harga bukan lagi penghalang untuk anda menghidangkan hiburan terbaik di premis anda. Dengan BIZone,
  1. Anda tidak lagi terikat dengan kontrak 24 bulan. Kontrak pendek hanya 12 bulan sahaja.
  2. Anda tidak perlu lagi memilih rancangan sukan, kami akan berikan kesemua siaran sukan kepada anda.
  3. Anda juga tidak perlu bayar lebih untuk menonton banyak rancangan lain; kami akan berikannya kepada anda dengan harga yang berpatutan.
Semak jadual di bawah dan anda sendiri akan yakin bahawa BIZone adalah solusi hiburan terbaik untuk premis anda! Tunggu apa lagi? Marilah melanggan BIZone sekarang dan daftar mod bayaran anda secara auto-debit untuk menikmati potongan 2% lagi dari bayaran bulanan. Ingin tahu lebih lanjut? Klik di sini!        

WiFi Kencang, Bisnes Pun Senang!

Zaman sekarang, lepak mamak bukan saja makan dan minum, malah lebih lagi. Semua nak online, nak striming dan macam-macam lagi sambil minum teh tarik. Bila pelanggan makin ramai, anda perlukan line WiFi yang kencang supaya tak rosak mood pelanggan yang tengah layan TikTok. Memang banyak pelan internet di luar sana, tetapi tiada yang boleh kalahkan kelajuan BIZfibre ini.   Di BIZfibre, pelan internet kami semua lebih kencang dengan harga yang tak masuk akal. Tak percaya? Jika anda mendaftar  pelan kandungan kami yang sedia ada, anda boleh dapatkan pelan internet sekencang 500Mbps dengan harga RM199 sahaja.    

Lebih Jimat, Lebih Nilai!

“Mamak, tolong buka TV, ada live bola malam ni!” Bila buka, tiba-tiba skrin gelap. Kemudian, keluar mesej minta membuat bayaran bulanan kerana tertunggak. Anda pernah mengalami peristiwa di atas? Agak mengecewakan, bukan? Jika anda ingin mengelakkan kejadian sama berulang, jom daftar dengan pembayaran bulanan secara debit terus yang dijamin selamat. Anda juga tidak perlu risau jika terlepas tarikh pembayaran bil bulanan kerana proses ini adalah secara automatik. Malah, anda juga boleh menikmati bil rebat sehingga RM650 apabila mendaftar auto-debit bersama AstroBIZ Bagaimana untuk mendaftar? Sila rujuk gambar di bawah:   Menarik, kan? Jimat lebih banyak bila anda membayar bil dan anda tidak perlu risau lagi tentang pembayaran lewat. Jadi, tunggu apa lagi? Daftarlah sekarang dengan auto-debit Astro dan nikmati pembayaran yang lebih mudah dan menyenangkan bersama rebat bil yang lebih lumayan. Tempoh Promosi: 5 Mei 2023 hingga 5 Mei 2024

In support of copyrighted content

PRESMA and PRIMAS laud High Court’s ruling on broadcast of unauthorised content at commercial premises PERSATUAN Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) and Persatuan Pengusaha Restoran India, Malaysia (PRIMAS) lauded the landmark ruling by the KL High Court against a local commercial premises for showing copyrighted works of sports and entertainment content without the consent of the Premier League and Astro, thereby committing an act of copyright infringement under Section 36 of the Copyright Act, 1987. Read More >>

Tahniah atas perlantikan PM

Dato Jawahar Ali, Presiden PRESMA

Presiden PRESMA merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan barisan jemaah menteri baru Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia ke-10.  
Kami yakin Malaysia akan terus maju ke arah pembangunan di bawah pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim. Perjuangan, usaha dan doa-doa yang akhirnya termakbul.
Pimpinan baru ini akan
membawa pembaharuan yang memberi manfaat kepada rakyat dan dapat membawa kesejahteraan serta keharmonian kepada rakyat.
Kami juga yakin perusahaan restoran akan terus maju ke hadapan dengan kepimpinan YAB.
Kami dengan sukacitanya memberikan sokongan penuh kepada pimpinan YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM yang bakal membawa perubahan kepada ekonomi Malaysia.

Semoga Malaysia maju ke hadapan dan Malaysia dan dipandang tinggi oleh dunia.

Turut mengucapkan tahniah atas pelantikan
YAB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah
 YB SENATOR DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL Menteri Dalam Negeri
YB TUAN SIVAKUMAR A/L VARATHARAJU NAIDU
Menteri Sumber Manusia
YB DATUK SERI SALAHUDDIN BIN AYUB
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
dan juga semua menteri dan timbalan menteri yang akan berkhidmat untuk negara yang tercinta.

Penalti dalam sistem MySST

Para ahli PRESMA, Untuk mengetahui Penalti dalam sistem MySST atas kelewatan bayaran cukai bagi tempoh bercukai SST yang termasuk dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) anda boleh layari laman web https://www.mysst.customs.gov.my/Highlights Muat Turun : MAKLUMAN OPERASI DAN PERKHIDMATAN JKDM SEMASA PKP3 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Kastam DIraja Malaysia,
  • 1300 888 500
  • 03-7884 0800
atau layari laman web https://www.mysst.customs.gov.my    

Yuran Keahlian

Para ahli yang ingin mengetahui jumlah yuran yang perlu dibayar, sila isikan borang di bawah. SIla isikan Nama majikan, nama restoran dan no SSM. Nombor keahlian, jika ada. Kami akan membalas dalam masa 3 hari bekerja. [ninja_form id=5]

Aspirasi

Aspirasi ialah platform di bawah naungan Axiata Digital yang menyediakan perkhidmatan kewangan digital. Axiata Digital menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan secara digital, seperti pembiayaan mikro dan insurans mikro, bagi membantu semua kelompok masyarakat dalam mencapai matlamat perniagaan dan hidup mereka. Para ahli PRESMA boleh mengambil peluang ini untuk mendapatkan pinjaman bantuan kewangan untuk meringankan beban kewangan anda Sila klik di sini untuk memohon. ( Hanya untuk ahli PRESMA ) Muat turun risalah di sini Digital Financing | Product Snapshot Semoga berjaya

Garis Panduan untuk restoran semasa PKPB

Para pengusaha restoran yang beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, perlulah mematuhi segala perintah oleh kerajaan. Pelbagai persoalan timbul mengenai kelonggaran yang diberikan. Ini garis panduan dan syarat yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi setiap sektor penyediaan dan perkhidmatan makanan sebelum mereka memulakan operasi. Restoran/ Medan Selera / Pusat Penjaja / Gerai Makan Tepi Jalan (Berbumbung) Garis panduan dan SOP – Mengambil dan rekod suhu badan pekerja awal waktu bekerja – Susun atur meja, dengan jarak 2 meter antara meja bagi membolehkan penjarakan sosial  sekurang-kurang 1 meter – Setiap meja di muatkan tidak melebihi 4 orang semeja – Premis perlu menyatakan dengan jelas bilangan pelanggan yang dibenarkan pada satu-satu masa untuk memenuhi keperluan penjarakan sosial. Para pengusaha restoran di Selangor boleh merekodkan kehadiran pelanggan melalui QR code. Sila layari http://www.selangkah.my/ untuk mendaftar premis anda. Majlis Keselamatan Negara telah mengeluarkan panduan untuk dipatuhi oleh restoran semasa PKPB ini. Para pengusaha restoran boleh mendapatkan maklumat dari MKN untuk dipatuhi di premis mereka. Presiden PRESMA, Datuk Jawahar Ali  meminta para ahlinya supaya sentiasa memantau para pekerja mereka, dan mengingati mereka supaya mematuhi peraturan. Beliau juga meminta semua ahlinya supaya mengingatkan pekerja mereka sentiasa mencuci tangan, memakai topeng muka dan melukis garis di atas lantai untuk penjarakan sosial. Rujukan: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pkpb-anda-pengendali-makanan-ini-sop-dan-garis-panduan-yang-perlu-dipatuhi-241050 [ Astro Awani ] https://www.mkn.gov.my/web/ms/sop-pembukaan-semula-ekonomi/ [ Majlis Keselamatan Negara ] https://docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/2020/SOP/03_SOP_SEKTOR_MAKANAN_KWP.pdf [ Jabatan Penerangan ]