Garis Panduan untuk restoran semasa PKPB

Para pengusaha restoran yang beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, perlulah mematuhi segala perintah oleh kerajaan. Pelbagai persoalan timbul mengenai kelonggaran yang diberikan. Ini garis panduan dan syarat yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi setiap sektor penyediaan dan perkhidmatan makanan sebelum mereka memulakan operasi. Restoran/ Medan Selera / Pusat Penjaja / Gerai Makan Tepi Jalan (Berbumbung) Garis panduan dan SOP – Mengambil dan rekod suhu badan pekerja awal waktu bekerja – Susun atur meja, dengan jarak 2 meter antara meja bagi membolehkan penjarakan sosial  sekurang-kurang 1 meter – Setiap meja di muatkan tidak melebihi 4 orang semeja – Premis perlu menyatakan dengan jelas bilangan pelanggan yang dibenarkan pada satu-satu masa untuk memenuhi keperluan penjarakan sosial. Para pengusaha restoran di Selangor boleh merekodkan kehadiran pelanggan melalui QR code. Sila layari http://www.selangkah.my/ untuk mendaftar premis anda. Majlis Keselamatan Negara telah mengeluarkan panduan untuk dipatuhi oleh restoran semasa PKPB ini. Para pengusaha restoran boleh mendapatkan maklumat dari MKN untuk dipatuhi di premis mereka. Presiden PRESMA, Datuk Jawahar Ali  meminta para ahlinya supaya sentiasa memantau para pekerja mereka, dan mengingati mereka supaya mematuhi peraturan. Beliau juga meminta semua ahlinya supaya mengingatkan pekerja mereka sentiasa mencuci tangan, memakai topeng muka dan melukis garis di atas lantai untuk penjarakan sosial. Rujukan: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pkpb-anda-pengendali-makanan-ini-sop-dan-garis-panduan-yang-perlu-dipatuhi-241050 [ Astro Awani ] https://www.mkn.gov.my/web/ms/sop-pembukaan-semula-ekonomi/ [ Majlis Keselamatan Negara ] https://docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/2020/SOP/03_SOP_SEKTOR_MAKANAN_KWP.pdf [ Jabatan Penerangan ]
   

Tags: ,

Trackback from your site.