Author Archive

Pemilik premis perniagaan boleh mohon kawasan bebas merokok – Dr Lee

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) — Semua pemilik premis perniagaan persendirian secara sukarela boleh memohon untuk menjadikan premis mereka sebagai kawasan bebas merokok, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye. Dr Lee berkata permohonan boleh dibuat kepada Kementerian Kesihatan bagi membolehkan penguatkuasa kesihatan mengambil tindakan terhadap mereka yang merokok di kawasan premis mereka. “Kami menerima banyak aduan daripada pemilik premis bersebelahan atau berhadapan premis makanan, yang ada perokok merokok di hadapan premis mereka. “Jika mereka (pemilik premis) tidak mahu perokok merokok di kawasan premis mereka, pemilik boleh memohon kepada kementerian untuk designate premis mereka sebagai kawasan larangan merokok, ” katanya pada sidang akhbar selepas perasmian Pusat Perkhidmatan Jantung Hospital Tung Shin di sini, hari ini. Beliau berkata minggu lepas, lebih 100 premis perniagaan di Sabah menerima Anugerah Sijil Reben Biru dari Kementerian Kesihatan selepas secara sukarela membuat permohonan untuk kawasan perniagaan mereka diisytihar sebagai kawasan bebas merokok. “Hotel dan homestay juga boleh memohon untuk menjadikan seluruh kawasan hotel sebagai bebas dari asap rokok,” katanya. Mengulas mengenai penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan yang berkuatkuasa sejak 1 Jan lepas, Dr Lee berkata setakat ini penguatkuasaan itu dilihat berkesan. “Setakat ini kami tidak mengeluarkan saman, tetapi kami hanya bagi mereka surat amaran sekiranya didapati merokok di kawasan larangan,” katanya. — BERNAMA

Perjumpaan khas

Para ahli PRESMA. Kini restoran India Muslim sering menghadapi pelbagai masalah. Sehubungan itu, satu perjumpaan khas dengan para ahli akan diadakan untuk membincangkan cara untuk mengatasinya. Tarikh : 23/01/2019 (Hari Rabu) 🕒 Masa : 3:00 Petang 📍 Tempat : Hotel Swiss Garden, Jalan Pudu, Kuala Lumpur https://goo.gl/maps/EAdiFuX2HbK2 ( Lokasi ) Untuk membincangkan Isu isu semasa . para ahli diminta hadir untuk mesyuarat ini. Terima Kasih.

Mengenalpasti restoran Muslim

Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur telah melakukan pemeriksaan ke atas beberapa restoran di sekitar Kuala Lumpur, untuk memastikan pemilik restoran tersebut adalah Muslim. Ini berikutan berita yang tular di laman media sosial berkenaan restoran yang tidak dimiliki Muslim, menggantungkan ayat ayat al Quran di premis mereka. Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/utama/2019/01/412940/buru-restoran-mamak-palsu  

Restoran boleh guna gas LPG bersubsidi

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen menjelaskan bahawa semua tempat makan di seluruh negara termasuk restoran, kopitiam dan gerai makanan boleh menggunakan tong gas Gas Petroleum Cecair (LPG) yang diberikan subsidi kerajaan.  

Papan tanda dilarang merokok

Para ahli diminta memaparkan papan tanda dilarang merokok di premis mereka mulai 1 Januari 2019. Ukuran : lebar 40 X panjang 50 CM Papan tanda ini mestilah dipaparkan sekurang kurangnya sekeping di sebuah restoran. Para pelanggan yang ingin merokok, perlu berada sejauh 3 meter dari restoran. Vape dan Shisa yang tidak bernikotin dibenarkan di restoran. Para pengusaha yang tidak memaparkan papan tanda di premis mereka, boleh dikenakan tindakan undang undang.  

Pra-Pelancaran Rakan Muda PRESMA

Kelab Rakan Muda PRESMA akan dilancarkan tidak lama lagi.
Pada 10 hb Mac 2018, satu perjumpaan bersama para belia India Muslim telah diadakan di Wisma Presma, Sentul, bagi mendapatkan pendapat para belia tentang menceburi perniagaan restoran.