Author Archive

Tempoh mendidik larangan merokok bakal berakhir Julai, tindakan jika ingkar

PUTRAJAYA, 10 April (Bernama) — Berikutan tempoh mendidik berhubung larangan merokok di tempat makan bakal berakhir Julai ini, Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye menasihatkan orang awam agar mengubah sikap dengan tidak merokok, mengurangkan tabiat merokok atau berhenti merokok. “Jika mereka hendak berhenti merokok, perkhidmatan berhenti merokok disediakan di 731 klinik kesihatan dan 46 hospital KKM secara percuma,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman Program Komuniti Sihat Pembina Negara (Kospen) Plus antara Kementerian Kesihatan dan Bintulu Port Holdings Bhd, di sini hari ini. Mulai Julai ini, beliau berkata tindakan akan diambil terhadap mereka yang ingkar larangan merokok itu dan penguatkuasaan bakal dipertingkatkan. Bermula 1 Jan lepas, Kementerian Kesihatan (KKM) mewartakan semua tempat makan sebagai tempat larangan merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018, Akta Makanan 1983. Namun tempoh mendidik selama enam bulan diberikan sebelum kompaun dikeluarkan. Di bawah Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, mana-mana individu yang melakukan kesalahan merokok di tempat larangan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun. Mengenai Akta Kawalan Tembakau yang sedang dirangka Kementerian Kesihatan merangkumi kawalan ke atas rokok elektronik dan vape, Lee berkata penjualan cecair rokok elektronik dan vape yang mengandungi nikotin adalah tertakluk di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952. “Jika ia (cecair) mengandungi nikotin, penjual tidak sepatutnya jual kerana mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952. Jika tidak mengandungi nikotin, penjual boleh terus menjual walaupun tidak digalakkan KKM,” katanya. Mengenai Kospen Plus itu, Lee berkata terdapat 563 agensi awam dan swasta melaksanakan program tersebut sejak pelancarannya pada 2016 dan berharap lebih banyak agensi dapat terlibat bagi memperkasa rakyat di peringkat akar umbi dalam aspek penjagaan kendiri dalam memerangi penyakit tidak berjangkit. Program Kospen Plus merangkumi enam skop utama melibatkan amalan pemakanan sihat, amalan tidak merokok, hidup yang aktif, pengurusan berat badan, saringan kesihatan dan minda sihat serta dua skop pilihan membabitkan persekitaran tempat kerja sihat dan pencegahan serta pengurangan kemudaratan alkohol. — BERNAMA Dipetik dari http://bernama.com/bm/news.php?id=1714914  

TabungX YAKEB mulai raih sokongan

KUALA LUMPUR: Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) memperoleh suntikan semangat apabila inisiatif menerusi Kempen ‘Tabung YAKEB for X-Athlete’ (TabungX) mulai mendapat perhatian. Terbaharu, usaha yang dibuat oleh badan itu disahut oleh Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) yang mempunyai lebih 4,000 ahli di seluruh negara. Majlis Pra Pelancaran kempen itu disempurnakan secara bersama oleh Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed dan Presiden PRESMA, Ayoob Khan Muhamad Yakub di sebuah restoran terkemuka di ibu negara, hari ini. “Melalui dana yang terkumpul ini nanti, ia akan digunakan untuk membantu membiayai rawatan perubatan dan 12 lagi skim bantuan yang termasuk di bawah Skim Bantuan Khas YAKEB,” kata Noorul. “Secara tidak langsung, inisiatif ini akan dapat membantu mengurangkan kebergantungan YAKEB kepada pihak Kerajaan.” Objektif utama pelaksanaan kempen ini adalah untuk memastikan Skim Bantuan Khas YAKEB iaitu faedah yang diberikan kepada bekas atlet negara yang berdaftar dengan badan itu dapat dikekal dan diteruskan. Kempen TabungX adalah platform di mana pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pengumpulan dana akan dilaksanakan menggunakan tabung sebagai salah satu medium atau kaedah yang digunakan untuk membolehkan orang ramai menghulurkan sumbangan. Kerjasama di antara YAKEB dan PRESMA ini dilihat sebagai permulaan dengan badan itu berharap akan ada lagi organisasi serta syarikat berkaitan dengan sukan sudi tampil untuk bekerjasama bagi menjayakannya. ( BH Online )    

PROGRAM TAKLIMAT SKIM BENCANA KERJA – PEKERJA ASING (SBKPA) UTARA

  PRESMA bersama PERKESO mengadakan sesi taklimat berkenaan caruman Perkeso untuk pekerja asing.  Sesi taklimat ini diadakan di Wisma Perkeso, Sebarang Jaya, Pulau Pinang pada 5hb Mac 2019. Pendaftaran bermula pada pukul 10 pagi. Exco PRESMA, En Noor Mohamad dan presiden PRESMA En Ayoob Khan turut serta di sesi taklimat ini. Tn. Hj. Othman bin Mohd Nordin , Pengarah PERKESO Pulau Pinang dan Pn Rafidah Abd Rahim, Timbalan Pengarah PERKESO, juga turut hadir untuk sesi taklimat ini. Taklimat disampaikan oleh Ketua Unit Penguatkuasaan, Cik Hasimah Bt Ayob Para ahli yang hadir, telah mendapatkan penjelasan tentang caruman PERKESO untuk pekerja asing. Sidang media juga berlangsung, bersama pengarah PERKESO Pulau Pinang dan juga Presiden PRESMA
Sijil penghargaan telah diberikan kpd presiden, majlis bersurai dengan jamuan makanan tengah hari. terima kasih di ucapkan kepada Pn Nik Sinasuria Binti Nik Murat yang turut menjayakan program ini. Pautan : https://www.facebook.com/PKSSebJaya/

PROGRAM TAKLIMAT SKIM BENCANA KERJA – PEKERJA ASING (SBKPA) 2019

PROGRAM TAKLIMAT SKIM BENCANA KERJA – PEKERJA ASING (SBKPA) 2019 Telah dianjurkan oleh PERKESO dengan kerjasama pihak PRESMA untuk manfaat para ahli. Program ini diadakan pada 25hb Februari 2019 . Pendaftaran bermula pada 9:00 pagi bertempat di Wisma PERKESO, Tingkat 18, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Penjelasan diberikan seperti berikut:
  • Setiap Majikan perlu mendaftarkan pekerja asing selepas tamat tempoh matang SPPA.
  • Tarikh pelaksanaan pendaftaran PERKESO adalah mulai Januari 2019.
  • Kadar Caruman pekerja asing adalah 1.25% daripada gaji bulanan.
  • Pampasan Kemalangan Pekerja Asing akan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan/ menghidap penyakit yang hanya membabitkan perkerjaan sahaja.
  • PERKESO mengingatkan adalah mustahak untuk menamakan pewaris yang akan menerima pampasan.  Pewaris mesti dinamakan semasa pendaftaran.
  • Pampasan akan dibayar oleh PERKESO selagi waris masih hidup.
  • Pihak Majikan perlu berdaftar dengan PERKESO
    • melalui laman web ASSIST PERKESO
    • ataupun datang sendiri ke Wisma PERKESO tingkat 17 untuk diberi khidmat penjelasan dan panduan
  •  Pihak PERKESO tidak akan bayar balik caruman jika perkerja asing gagal melepasi pemeriksaan FOMEMA
Dokumen sokongan semasa pendaftaran adalah :- Majikan 1. Lengkapkan Borang 1 (Borang Pendaftaran Majikan) 2. SSM Pekerja Asing 1. Borang Pekerja Asing yang boleh dimuat turun di laman web PERKESO 2. Salinan passport muka hadapan 3. permit yang sah Selepas pendaftaran majikan akan diberi Nombor keselamatan Social Pekerja KSPA –( 12 digit ) yang akan digunakan sebagai rujukan untuk sebarang urusan pada masa akan datang. Faedah-faedah pampasan melalui PERKESO adalah seperti berikut :- 1. Faedah Perubatan 2. Faedah Hilang Upaya Sementara 3. Faedah Hilang Upaya Kekal 4. Faedah Orang Tanggungan 5. Faedah Pengurusan Mayat 6. Elaun Layanan Sentiasa 7. Kemudahan Pemulihan Pihak PERKESO sedia membantu ahli PRESMA dalam apa jua keraguan mengenai pendaftaran boleh hubungi En.Muhamad Firdaus di talian 03-26872661 atau emel di Firdaouz.kadir@perkeso.gov.my Sekian, terima kasih

Sesi Taklimat Perkeso SBKPA

Assalamualaikum PRESMA bersama PERKESO akan mengadakan sesi taklimat berkenaan caruman Perkeso untuk pekerja asing. Para ahli diminta hadir untuk mengetahui lebih lanjut lagi. Para majikan yang tidak dapat hadir, boleh menghantar wakil. Tarikh :  25 Feb 2019 | Isnin Masa : 9 pagi ( pendaftaran ) Tempat : Wisma Perkeso Jalan Tun Razak, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur Lokasi https://goo.gl/maps/mUfB14RPxa92 Segala soalan boleh dikemukakan semasa taklimat. Untuk Maklumat lanjut sila hubungi +60 12-608 3509 En Nazri https://www.perkeso.gov.my/index.php/en/perlindungan-perkeso-untuk-pekerja-asing Para ahli diminta supaya berkongsi maklumat ini dengan ahli yang lain, supaya semua boleh  bermanfaat. PERSATUAN PENGUSAHA RESTORAN MUSLIM MALAYSIA

Rakaman Tulen atau Bikin

MyHalal TV1 edisi 11 Februari 2019 #LIVE Langsung sekarang 📣📣📣📣📣 “Tulen Atau Bikin” Panel 1 Ybhg. Tuan Haji Ayoob Khan Muhamad Yakub Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) Panel 2 Ybhg. Dato’ Hj. Iskandar Halim Hj. Sulaiman Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna Pemudahcara Al-Fadhil Ustaz Mohd Amri Abdullah Live streaming ini dibawakan oleh Unit Media Digital Interaktif Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama mantap dan jitu RTM – Radio Televisyen Malaysia Tv1 Anda juga boleh menonton Forum Perdana Ehwal Islam dan juga program-program lain terbitan Bahagian Penyiaran JAKIM di https://myklik.rtm.gov.my/ #forumperdana #jakim #sayangimalaysiaku #rtm #tv1 MyHalal TV1 edisi 11 Februari 2019 #LIVE Siaran Langsung “Tulen Atau Bikin” Panel 1 Ybhg. Tuan Haji Ayoob Khan Muhamad Yakub Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) Panel 2 Ybhg. Dato’ Hj. Iskandar Halim Hj. Sulaiman Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna Pemudahcara Al-Fadhil Ustaz Mohd Amri Abdullah Live streaming ini dibawakan oleh Unit Media Digital Interaktif Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama mantap dan jitu RTM – Radio Televisyen Malaysia Tv1 Anda juga boleh menonton Forum Perdana Ehwal Islam dan juga program-program lain terbitan Bahagian Penyiaran JAKIM di https://myklik.rtm.gov.my/ #forumperdana #jakim #sayangimalaysiaku #rtm #tv1 https://www.facebook.com/HabHalalJakim/videos/2471027769605830/

Salah guna ayat al-Quran didenda sehingga RM1 M

KUALA LUMPUR: Sebanyak 28 restoran didenda sehingga RM1 juta masing-masing kerana menyalahgunakan ayat al-Quran untuk memberi tanggapan premis mereka berstatus halal, kata Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Iskandar Halim Sulaiman. Katanya, tindakan itu diambil bulan lalu, di bawah Akta Perihal Dagangan 2011. “Dalam tempoh 11 Januari hingga 31 Januari lalu, sebanyak 1,975 premis telah diperiksa dan 28 daripadanya disyaki mempunyai elemen menyalahgunakan ayat al-Quran bagi menggambarkan premis seolah-olah halal. “Jadi, restoran-restoran itu didenda sehingga RM1 juta, tetapi nasihat saya kepada pengguna, jika restoran itu popular, tetapi tidak ada sebarang tanda halal, jangan masuk,” katanya dalam program bual bicara MyHalal di RTM, hari ini.
Isu restoran mamak palsu terbongkar, susulan operasi KPDNHEP sejak bulan lalu untuk mengesan tindakan pengusaha menggunakan kalimah menyerupai ayat al-Quran dan gambar masjid bagi menarik pelanggan ke premis mereka yang tidak memiliki sijil halal. Penolong Pengarah Kanan Majlis Halal Malaysia, Mohd Amri Abdullah menggalakkan restoran bukan Islam yang mematuhi syarat ditetapkan untuk memohon sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). “Halal bukan hak mutlak orang Islam, tetapi untuk semua, selagi mana ia mematuhi konsep halalan toyyiban, termasuklah prosedur operasi standard yang ditetapkan Majlis Halal Malaysia.” Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Ayoob Khan Ayub Khan Muhamad Yakub berkata, cadangan untuk pengusaha restoran mamak mengambil 100% pekerja Islam tidak boleh dilakukan secara mendadak. “Kami cuba sedaya upaya bawa 100% orang Islam sebagai pekerja restoran, tetapi bukan mudah. Tenaga kerja dalam kalangan orang Malaysia kurang dalam bidang perkhidmatan makanan. Berita asal : “Kami sanggup bayar gaji tinggi untuk pekerja tempatan, tetapi tiada siapa yang mahu, sebab itu terpaksa ambil orang luar.”

MYHALAL 2019: TULEN ATAU BIKIN

Bahagian Penyiaran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan Kerjasama RTM akan menyiarkan rancangan MyHalal pada hari Isnin pada pukul 6:00 petang di TV 1. Tajuk yang akan dibincangkan pada 11 Februari 2019 adalah Restoran Mamak Palsu . Antara tetamu jemputan adalah Presiden PRESMA, En Ayoob Khan Bin Muhamad Yakub Sila tonton pada 11 Februari 2019 pukul 6:00 petang melalui TV1 atau layari https://myklik.rtm.gov.my/live/tv1  

LAWATAN PRESMA KE PERKESO

LAWATAN PRESMA KE PERKESO Pada 29/ Januari /2019 10:00 Pagi Masyuarat ini di Pegurusikan oleh Dato’Sri Dr.Mohammed Azman Turut hadir bersama , Timbalanya En John dari Bahagian Tuntutan dan Bahagian Guaman Penjelasan yang diberikan oleh Dato Sri 1. CARUMAN PERKESO Ia bukan seperti insuran, ia merupan satu skim yang membantu pekerja asing yang kerja di Malaysia. Sekiranya seseorang pekerja itu meninggal dunia semasa bekerja, warisnya akan dapat pampasan selagi waris itu hidup Jika pekerja asing terlibat dalam kemalangan atau menghidap penyakit, beliau akan dapat pampasan. Pekerja yang hilang keupayaan kerja juga akan mendapat pampasan. 2. CARUMAN MAJIKAN Majikan perlu bayar 1.25% daripada gaji pekerja ,setiap bulan, sebagai caruman. Sekiranya pekerja PERGI bercuti atau lari dari tempat kerja, majikan tidak perlu bayar caruman tersebut. 3 PENERANGAN PERKESO KEPADA AHLI PRESMA Perkeso bercadang untuk berkerjasama dengan PRESMA, untuk mengadakan taklimat di seluruh negara dalam masa terdekat, Negeri negeri yang terlibat adlaah Kuala Lumpur dan Selangor Penang ,Kedah dan Perlis Perak Melaka dan Negeri Sembilan Johor 4) Ahli PRESMA wajib berdaftar dengan PERKESO . Daftar percuma. 5) Caruman perlu dibayar dari 1-15 haribulan setiap bulan Untuk maklumat lanjut, para ahli PRESMA boleh layari laman web https://www.perkeso.gov.my/index.php/ms/perlindungan-perkeso-untuk-pekerja-asing