MAKLUMAN SKIM KAWALAN HARGA MUSIM PERAYAAN

MAKLUMAN SKIM KAWALAN HARGA MUSIM PERAYAAN HARI RAYA PUASA, PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI 2019

Dimaklumkan YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin IsmailMenteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Dan Hal Ehwal Pengguna telah mengumumkan penentuan harga maksimum bagi Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2019 pada 15 Mei 2019 (Rabu) bertempat di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Putrajaya.

Skim ini akan berkuat kuasa :

SHMMP Hari Raya Puasa – 21 Mei hingga 19 Jun 2019 (15 hari sebelum, pada hari perayaan dan 14 hari selepas hari perayaan)

SHMMP Pesta Kaamatan (Sabah dan Labuan Sahaja) – 23 Mei hingga 5 Jun 2019 (7 hari sebelum, pada hari perayaan dan 6 hari selepas perayaan)

SHMMP Hari Gawai (Sarawak Sahaja) – 25 Mei hingga 7 Jun 2019 (7 hari sebelum, pada hari perayaan dan 6 hari selepas perayaan)

4Sehubungan itu, bersama ini disertakan harga borong maksimum dan harga runcit maksimum barangan harga terkawal bagi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2019  untuk makluman YBhg. Dato’/Tuan/Puan.

Sila hubungi Tuan Zamri bin Bahawi di talian 03-8882 6771 untuk pertanyaan dan keterangan lanjut.

 

(a) PKHA (Penentuan Harga Maksimum) (No 2) 2019 – PESTA KAAMATAN (BORONG & RUNCIT)

  (B) Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum)-HRP (BORONG & RUNCIT)   (c) PKHA (Penentuan Harga Maksimum) (No 3) 2019 GAWAI (BORONG & RUNCIT)
 

Trackback from your site.